Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Friday, April 2, 2010

ISLAM VERSI UMNO

UMNO – SUATU REALITI YANG KITA PERLU SEDARI

Apabila kita menyebut UMNO maka secara tidak langsung setiap orang sama ada orang itu orang Melayu, orang Cina, orang Tamil, Sikh, orang Iban, Bidayuh dan sebagainya akan memikirkan ianya sebagai sebuah parti untuk orang Melayu yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan menegakkan Syiar dan kedaulatan Islam.


Maka dengan itu, apa sahaja yang dibuat oleh pemimpin UMNO akan dikatakan demi memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Begitu juga apa sahaja yang diperkatakan oleh pemimpin UMNO mengenai Islam akan dipercayai oleh masyarakat bukan Islam, itulah Islam yang sebenarnya.


Manakala apa yang diperkatakan dan dikehendakki oleh PAS akan dikatakan “melampau” sedangkan hakikatnya UMNO BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN PUITERA-PUTERA UMNO dan PUTERA-PUTERA BN bukannya demi kepentingan orang Melayu.


Begitu juga apa yang mereka cakapkan tentang Islam adalah apa yang mereka inginkan bukannya Islam yang sebenarnya mengikut Alqur'an dan hadis tetapi lebih kepada citarasa dan kemahuan peribadi mereka yang sekiranya difahami oleh orang-orang bukan Islam, maka mereka akan menolak “ ISLAM VERSI UMNO'


Realitinya atau hakikatnya UMNO hanya mempergunakan ISLAM JUST FOR POLITICAL GAIN sahaja iaitu untuk menakut-nakutkan orang-orang CIna dan India bukan Islam terhadap Islam dan dengan itu menanam rasa ketakutan dan kebencian yang amat sangat terhadap PAS.


Berikut ini adalah kompilasi maklumat yang membolehkan anda memikirkan sama ada UMNO itu parti Islam atau tidak? Memikirkan sama ada UMNO itu faham Islam atau tidak? Ataupun UMNO itu mempunyai Islam versi tersendiri mengikut citarasa, kehendak dan fikiran pemimpin-pemimpin utama UMNO.


FIKIR-FIKIRKANLAH sama ada pemimpin UMNO bertindak untuk kepentingan orang Melayu dan Islam atau tidak.



24/3/2010- Utusan

HONG KONG 23 Mac -
Mengenai kemungkinan kerajaan membenarkan aktiviti perjudian melibatkan pertaruhan sukan (sports betting) di Malaysia, Najib berkata, perkara itu memerlukan penelitian mendalam dan menyeluruh.

"Memang terdapat cadangan agar membenarkan pertaruhan sukan tetapi itu masih di peringkat cadangan. Biarlah kita teliti dulu," jelasnya.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa sebuah syarikat tempatan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan sebagai satu lagi aktiviti perjudian syarikat berkenaan.


HARAKAH DAIILY 24/3/2010 - Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Pakatan Rakyat akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendesak kerajaan mengawal pengeluaran lesen judi kepada syarikat-syarikat perjudian dan berharap UMNO turut menyokongnya.


Memorandum yang akan diminta untuk ditandatangani oleh semua ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat itu juga bagi mendesak kerajaan membatalkan cabutan khas atau 'special draw' yang dikeluarkan pada tahun ini.


Desakan itu ekoran jawapan Najib yang juga Menteri Kewangan kepada dua soalan Lok Siew Fook (DAP-Rasah) di Dewan Rakyat pada 18 dan 22 Mac. Bercakap dalam satu sidang media di lobi parlimen (gambar) pagi ini, Siew Fook berkata, tindakan kerajaan itu akan memberikan impak yang besar kepada masyarakat.

"Kita akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan akan meminta tandatangan semua ahli parlimen dan kita harap ahli parlimen UMNO yang memperjuangkan agama, bangsa, dan negara akan menyokong memorandum bagi mengurangkan perjudian di negara kita.


"Pakatan Rakyat berpendapat kerajaan tidak sepatutnya menambah hari cabutan khas ini kerana ini menyebabkan masyarakat kita lebih banyak mengeluarkan wang untuk dipertaruhkan dalam perjudian dan memberi impak kepada masalah sosial yang semakin meningkat hari ini.


"Pakatan Rakyat mahu kerajaan menghapuskan kesemua cabutan khas ini dan. kita juga berpandangan kerajaan seharusnya mengurangkan hari perjudian daripada tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu," katanya.


Beliau juga berkata, tindakan kerajaan yang menggunakan cukai judi dan duti pertaruhan untuk pengurusan negara membuktikan kewangan negara berada di tahap yang teruk.


"Kerajaan kata nak salurkan hasil cukai ini kepada satu dana khas tapi sekarang mereka guna pengurusan negara menujukkan kerajaan sudah tidak ada duit," katanya.


Sementara itu, Dr Dzulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) membawa suara rakyat kaum Tionghua di kawasannya yang meminta beliau menyuarakan di Parlimen agar meminta kerajaan mengurangkan hari perjudian daripada tiga kali kepada dua atau sekali seminggu.


"Penduduk Tionghua yang berkerja sebagai nelayan di kawasan saya mahu kerajaan mengurangkan hari perjudian ini. Kerajaan membenarkan hari untuk berjudi sebanyak tiga kali seminggu menunjukkan wang diperas dari rakyat.


"Bila ada peluang untuk menjadi kaya dengan cara yang cepat, sudah pasti ramai yang tertarik untuk mempertaruhkan wang mereka untuk berjudi," katanya.


Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) pula menegaskan, tindakan kerajaan mengutip cukai hasil perjudian dan menambah cabutan khas pada setiap tahun adalah langkah terdesak kerajaan akibat ketiadaan sumber kewangan.


"Kelihatannya membenarkan lebih banyak cabutan khas ini adalah satu langkah terdesak kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukai negara. Jalan pintas ini sangatlah tidak munasabah kerana akan menimbulkan kesan sosial yang tidak baik,” katanya.


Najib dalam jawapannya kepada soalan Siew Fook pada 22 Mac memberitahu, jumlah cukai perjudian dan duti pertaruhan yang diterima kerajaan daripada semua operator nombor ramalan (NFO) pada 2009 berjumah RM1,199,574,646.73. Jumlah kutipan tertinggi ialah daripada syarikat Sports Toto.

Manakala bagi soalan Siew Fook pada 18 Mac mengenai tindakan kerajaan meluluskan 60 cabutan khas untuk tahun 2010, Najib memberitahu, hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan semua program dan aktiviti pembangunan dan perbelanjaan mengurus negara dapat dilaksanakan seperti yang dirancang bagi memastikan objektif pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai.



ISU PENGGUNAAN PERKATAAN "ALLAH"

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap UMNO yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara 'fast track'.

PAS mendesak UMNO yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.

Harus diingat bahawa UMNO bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam.

PAS menuntut klausa ini dimansuhkan segera.


PAS juga kesal kerana UMNO suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam.

UMNO juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.


PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin UMNO (yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini) masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.


Umat Islam juga jelak dengan pemimpin UMNO yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak dinegara ini. Malah UMNO juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi.


Pemimpin-pemimpin UMNO juga bertanggungjawab dalam mennghalang Jabatan-jabatan Agama yang melakukan operasi dipusat-pusat hiburan dan maksiat. Suatu ketika dahulu UMNO pernah mempertikaikan tindakan JAWI menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.



PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan UMNO yang menarik bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama rakyat yang menyebabkan berpuluh-puluh buah sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.



UMNO juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan UMNO di Melaka



Tidak dilupakan juga, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh UMNO bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS. Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan UMNO terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya mereka sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya.


Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pengkhianatan UMNO kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat UMNO. Akibat dari kecurangan mereka terhadap Islam maka, sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini. PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini.



Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


UMNO menyambut maulidur rasul sekadar berarak mengingati Tarikh Kelahiran Nabi



KUALA TERENGGANU, 17hb Februari 2010 – Pemimpin Umno dan pengikutnya sebenarnya tidak faham bagaimana sebenarnya amalan menghayati sambutan Maulidur Rasul SAW.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohammad Zawawi Nik Salleh berkata apa yang Umno buat setiap kali kedatangan bulan Rabiulawal sekadar ‘bermuka-muka’.


Katanya, Umno gagal mendidik pemimpin dan ahli-ahlinya dengan berkesan melalui penghayatan Maulidur Rasul. “Umno buat (maulidur rasul) sekadar ‘bermuka-muka’ sahaja kononnya, Umno hendak menghayati Islam".

“Dalam masa sama, Umno menolak syariat Rasulullah SAW, tolak hukum Islam yang menjadi sebahagian dari kehidupan manusia,” jelasnya.

Bahkan, katanya program sambutan dengan perarakan yang dilakukan itu tidak mendatangkan keinsafan kepada rakyat.

Menurutnya, program yang menjurus ke arah itu perlu dibuat bagi menerangkan kepada masyarakat tentang perjuangan, pelaksanaan syariat dan perundangan Islam.“Sambutan Maulidur Rasul banyak cara boleh buat kerana yang penting umat Islam menghayati syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


“Program-program yang menjurus ke arah mendatangkan keinsafan dan menghayati syariat yang dibawa oleh Rasulullah adalah seperti ceramah, seminar, diskusi dan pameran yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sejarah Islam yang sebenar,” ujarnya.

Justeru itu, Ustaz Nik Zawawi menasihati umat Islam agar tidak hanya membuat perarakan sekadar hanya untuk mengingati tarikh lahir Nabi SAW dan tahun gajah semata-mata tanpa penghayatan sebenar kenapa sambutan itu diadakan.

xxxxxxx
LAGI ISU SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Mengapa Hanya Utamakan 'Kulit' Bukan 'Isi'?

SAMBUTAN Maulidur Rasul bagi meraikan kelahiran Nabi Muhammad SAW pada setiap 12hb Rabi'ulawal & pada tahun ini hari bersejarah itu (akan) disambut pada 26hb Februari (nanti). Perarakan sempena kelahiran Baginda Rasulullah SAW (akan) dilangsungkan bahkan sudah menjadi amalan raasmi Kerajaan Persekutuan & sesetengah kerajaan negeri.


Persoalannya, apakah dengan mengadakan perarakan semata-mata ianya sudah memadai bagi umat Islam menghayati syariat Nabi junjungan kita. Bagi Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, tanpa penghayatan syariat umpama melihat 'kulit' Nabi sahaja. Ikuti interbiu Wartawan SALMIYAH HARUN bersama beliau.


HARAKAH: Macam mana konteks sebenar umat Islam mengimarahkan sambutan Maulidur Rasul?

USTAZ NIK ZAWAWI SALLEH: Sambutan Maulidur Rasul ini, yang pentingnya adalah penghayatan. Apa sahaja program yang kita buat biarlah kita faham apa tujuannya. Yang paling penting, perkara paling mustahak apabila kita sambut Maulidur Rasul ini adalah kerana kita nak hayati syariat yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW. Kalau sekadar nak tahu bila baginda lahir, itu tidak ada gunanya.


Umat Islam sewajarnya menyambut kelahiran baginda...adakah hanya melalui perarakan semata-mata?

Perarakan bukan tidak boleh buat. Ia memang boleh. Tetapi maknanya sambutan itu jangan hanya berakhir dengan perarakan tanpa pengisian kerohanian, tanpa menimbulkan apa-apa kesedaran kerana ianay perbuatan yang membazir dan sia-sia. Oleh itu kerajaan kena anjurkan program-program yang memberi kefahaman kepada masyarakat macam seminar, ceramah & sebagainya.

Supaya masyarakat memahami Maulidur Rasul adalah syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sejauh mana kita mesti contohi & sebagai penilaian kita kena tahu setakat ini banyak mana kita amal syariat Rasulullah SAW.

Misalnya dalam konteks negara, masyarakat & individu. Kalau amalan kita itu banyak lagi tidak sempurna, oleh itu selepas daripada kita tahu akan tujuan sambutan Maulidur Rasul, kita mesti melaksanakan syariat itu.

Boleh Ustaz ceritakan bagaiman, para sahabat & pengikut Rasulullah SAW pada zaman baginda menyambut hari kelahiran pemimpin mereka?

Zaman Rasulullah SAW sambutan Maulidur Rasul tidak ada. Ini kerana pada zaman itu penghayatan Islam & pengamalan Islam berlaku secara sempurna. Setelah berlalunya 1 tempoh yang agak lama & Islam ini berkembang ke negara-negara bukan Arab, maka banyak masalah-masalah yang terjadi.

Kemudian pada zaman Kerajaan Fatimiyyah, maka berlakulah cadangan daripada para alim ulama zaman itu supaya kita menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj, dengan tujuan supaya kita menghayati syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Ini kerana pada zaman itu sudah ada manusia yang cuba meninggalkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jadi bermula pada sinilah sambuan-sambutan hari kebesaran Islam ini diperkenalkan & cara sambutan itu berbagai-bagai. Dengan ceramah, bacaan al-Quran& hadis sebab mereka faham, mereka faham bahasa arab, macam kita di sini tidak faham, jadi kenalah adakan ceramah, forum, seminar & sebagainya.


Apa yang Ustaz rasa penting?

Yang penting & pokok pangkalnya mesti ke arah penghayatan kepada syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Kalau sekadar perarakan semata-mata sebagaimana yang dibuat oleh kerajaan, kemudian selepas itu tidak ada penghayatan & mereka meninggalkan syariat dari sudut perundangan, mahkamah, pendidikan, akhlak, budaya, maka sambutan hari maulidurrasul itu tidak membawa apa makna kerana dilihat terlalu jauh dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


Sambutan yang seumpama ini tidak memberi faedah kepada umat Islam bahkan ia akan lebih membawa fitnah yang banyak. Misalnya masyarakat non-muslim yang kita tahu yang mereka tidak faham agama Islam yang syumul itu, akan pandang serong.


Jadi apabila non-muslim lihat kononnya kita ini kuat dari segi menyambut Maulidur Rasul sekaligus akan menganggap Islam itu sempurna. Sedangkan mereka juga sedar yang orang-orang Islam juga terlibat dalam amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, sistem kehakiman pun cacat, dasar pendidkan pun cacat & bermacam-macam lagi. Jadi apa maknanya sambutan Maulidur Rasul itu? Hanya mengelirukan mereka!


Akan mengelirukan bukan Islam tentang Islam?

Dalam masa yang sama non-muslim ini akan anggap suasana itulah Islam sebenarnya seolah-olah dari segi sambutannya itu hebatlah. Macam tilawah al-Quran, Maulidur Rasul, tetapi dalam waktu yang sama orang-orang Islam mealkukan pelbagai salahlaku yang banyak.

Orang bukan Islam tidak faham yang salah laku itu bukannya dibenarkan oleh Islam. Tetapi mereka tidak tahu. Oleh itu mereka akan memandang apa yang dilakukan oleh umat Islam sama ada betul atau tidak secara keseluruhannya. Mereka tidak tahu apa yang betul, apa yang tidak. IPerkara yang macam inilah yang dimaksudkan akan mengundang fitnah. Jadi yang paling mustahak adalah penghayatan & pengamalan kita terhadap syariat Rasulullah SAW.

Apa yang berlaku sekarang, kerajaan seolah-olah melihat apabila mengadakan perarakan ianya sudah jadi satu penghayatan kepada MAulidur Rasul. Bagaimana pula situasi ini Ustaz?

Perarakan itu boleh. Tetapi ia hanya bersifat 'kulit' semata-mata, malangnya 'isi'nya tidak ada. Kalau kita hanya menghiaskan kulit tetapi isinya tidak ada, tiada apa-apa makna.

Macam buah durian, buahnya besar, kulitnya elok tetapi bila kita buka kulitnya, di dalam penuh dengan ulat. Sebab itu kita kena fokus kepada isi yang ada dalam sambutan Maulidur Rasul.

Kerajaan PAS Kelantan pun tidak pernah mengadakan perarakan Maulidur Rasul...

Ya tidak ada. Tidak ada dalil dalam mana-mana hadis. Cuma cara ini adalah sambutan yang berbentuk budaya di kalangan masyarakat Melayu. Bila tibanya Maulidur Rasul, kita pun berarak sambil berselawat. Ini budaya kita yang tidak bercanggah dengan agama. Boleh buat bukannya tidak boleh buat.

Malangnya, apabila ada ura-ura mengatakan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dibatalkan sekalu gus, mengandaikan kerajaan itu tidak peka dengan umat Islam. Apa pandangan Ustaz?

Penghayatan Maulidur Rasul bukan sekadar melakukan perarakan. Perarakan ini sebagai 'kulit' & kerajaan Pulau Pinang membenarkan ceramah-ceramah terbuka & umum di masjid, di padang atau di mana-mana sahaja. Saya kira ini lebih bermakna sebenarnya.

Perarakan ini mungkin didalangi UMNO, kalau kita lihat perarakan yang dibuat di Kuala Lumpur ianya untuk sambutan Maulidur Rasul. Tetapi banyak perkara yang bercanggah dengan Maulidur Rasul.

Misalnya perempuan yang tidak menutup aurat, tidak ada batas-batas pergaulan & hatta sambutan-sambutan yang dibuat, tidak ada pemantauan oleh ahli jawatankuasa sama ada sembahyang atau tidak, dalam masa yang sama membuat persiapan Maulidur Rasul yang mana ianya sunnah tetapi malangnya mereka tinggalkan perkara yang wajib. Macam bersembahyang, pergaulan bebas & banyak lagi.

Ini yang Ustaz maksudkan 'kulit' tadi?

Sebab itu saya menegaskan bahawa cara mengadakan perarakan Maulidur Rasul ini adalah 'kulit' semata-mata. Berarak panjang mana tetapi penghayatan tidak ada.

Program dalam bentuk ceramah, forum, inilah yang paling berkesan kepada masyarakat. Yang paling mustahak lagi ialah perlaksanaan undang-undang Islam, maknanya kalau Kerajaan Persekutuan hendak sambut Maulidur Rasul biarlah dia mengisyiharkan misalnya Undang-Undang Islam adalah undang-undang yang terbesar. Itu lebih bermakna.


No comments:

Post a Comment