Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Saturday, May 29, 2010

500 sertai bantahan konsert Inul, judi
PAS Tawau

TAWAU, 28 Mei: Kira-kira 500 orang mengadakan demonstrasi aman bagi menyatakan bantahan terhadap kelulusan permit Konsert Inul Daratista dan lesen judi bolasepak oleh kerajaan sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Bandar Tawau selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Pada Jumaat lepas, satu himpunan aman seperti ini telah dianjurkan dan berjaya mendapat reaksi segera dari seluruh badan badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan parti politik lain di Sabah serta media cetak tempatan sehingga Konsert Inul yang dijadualkan berlangsung malam esok ditangguhkan.

“Tidak cukup tangguhkan konsert itu kerana masih ada peluang ianya berlangsung. Kita mahu, batalkan dan haramkan Inul dari menjejakkan kaki di bumi Sabah ini,” tegas Muhd Nasier, Setiausaha PAS Tawau.

Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh PAS Tawau dan turut disokong oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang datang berkumpul di Tawau.

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Kita terima sukan bola sepak, Islam tidak menghalang kita beriadah tetapi kita tidak terima judi,” kata Mahfuz.

Katanya, perjudian akan mengakibatkan keberantakan masalah sosial yang lain, kecurian, kes ragut, pecah rumah dan masalah rumahtangga akan semakin meningkat.

“Oleh itu, seluruh rakyat yang cintakan agama dan negara mesti bersama sama kita membantah terhadap kelulusan lesen judi yang telah diberi,” ujarnya.

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 1.30 petang tanpa sebarang tangkapan.

No comments:

Post a Comment