Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Wednesday, May 12, 2010

"Berita Harian:

Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia


2010/05/06

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.


"Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek memohon agar lesen judi HALAL dikeluarkan oleh kerajaan agar rakyat jelata boleh berjudi secara sah kerana khuatir rakyat jelata akan berjudi secara haram sekiranya lesen tak diberi. Lepas ini, mungkin lesen pelacuran halal juga akan dikeluarkan untuk mengelak rakyat berzina secara haram. Artikel akhbar disertakan:

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.



Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia
Mei 6, 10 5:56pm

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).


"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.


Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.


dengan kata lain:-

JUDI HALAL JIKA BERLESEN KATA AWANG ADEK?


ULASAN

JUDI HALAL: Pemimpin UMNO menghalalkan apa yang diharamkan dalam Islam!

22 Jamadil Awal 1431H.
Muhammad Nuruddin Bashah

Inilah rupa seorang orang kuat UMNO yang mana kebanyakkan pemimpin-pemimpin UMno mengatakan UMNo itu Islam. Islam macam mana ni? Kalau betul-betul Islam, pastilah menolak dan mengharamkan apa-apa sahaja yang telah diharamkan oleh Allah dan melaksanakan apa sahaja yang disuruh Allah untuk dilaksanakan. Itulah baru Islam namanya.


Jadi malulah sikit sesiapa yang ingin menyatakan UMNO itu Islam. Islam itu Umno. Kenyataan itu terlalu menyimpang, jauh panggang dari api dan tidak benar sama sekali. Mungkin boleh diterima ungkapan "UMNO itu Islam" tetapi sejauh mana Islamnya.

Islamnya UMNo adalah mengikut kata hati pemimpin-pemimpin UMNO. Islamnya UMNo adalah mengikut kEHENDAK dan kemahuan pemimpin-pemimpin UMNO. yang mana tidak berkenan dihatinya akan diubah-ubah mengikut kemahuan pemimpin-pemimpin UMNO. Adakah Islam macam tu? tak ubah macam agama lain yang ada versi-versi tersendiri menikut kehendak pemimpinnya. Contohnya ada Angelican, ada methodist, dan lain-lain.


Tetapi dalam Islam, tidak ada versi lain. Islam hanya ada satu versi sahaja, iaitu sebagaimana yang tertulis dalam Al Qur'an dan Hadith. Jika lain dari itu, maka bukanlah Islam namanya. Jika lain dari itu, itu hanya merupakan versi tersendiri orang yang berkenaan sahaja, merupakan ajaran dan kehendaknya sahaja. ianya dah terkeluar dari landasan Islam.


Oleh itu, marilah kita semua, sama-sama berjuang untung menjatuhkan orang-orang yang cuba menghalalkan apa yang haram dan sebaliknya mengharamkan apa yang halal.


Jika kita masih lagi menyokong orang-orang yang dengan senang-senangnya menolak hukum Islam, maka kita pun turut berdosa sama seperti mereka-mereka itu, tidak ada bezanya. Begitu juga jika kita menyokong parti-parti yang bersekongkol dengannya.


Maka, marilah kita sama-sama menjatuhkan UMNO, yang sentiasa berjuang menjatuhkan maruah Islam, yang sentiasa meminda hukum-hakam Islam, yang sentiasa mengelakkan bahkan menghalang pelaksanaan hukum-hukum Islam. Seterusnya marilah kita bersama-sama berjuang untuk menjatuhkan parti-parti yang bersekongkol dengan UMNO itu.


Selagi UMno terus berkuasa, maka selama itulah kita semua tidak dapat melaksanakan undang-undang Islam. Maka selama itu jugalah kita akan menghadapi pelbagai masalah sosial seperti kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi, pelbagai jenis penipuan, kes-kes jenayah ragut, rompak, rogol, bunuh, pencurian dan sebagainya akan berleluasa seperti yang berlaku hari ini.

Hanya undang-undang Islam sahaja yang boleh menjadikan oang-orang Islam itu baik dan tidak melakukan pelbagai kenayah yang boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keselesaan masyarakat bukan islam. Oleh itu saya menyeru masayarakat bukan Islam bersama-samalah menyokong kami untuk melaksanakan undang-undang Islam agar kehidupan anda lebih terjamin dan selamat dari gangguan dari makhluk perosak dan jahat iaitu umat islam yang rosak akal fikirannya.


JUDI TETAP HARAM, PERKARA HARAM TETAP HARAM

Judi tetap haram walaupun 0.1% dan sebagai kerajaan Islam adalah wajib mengharamkan sebarang perlaksanaan judi. Alasan keprihatinan terhadap rakyat tidak boleh digunakan kerana ia seolah-olah menggalakkan perlakuan judi.

Alasan yang diberikan oleh Awang Adek bahawa “judi tetap akan berlaku jika dikawal” tidak boleh diterima langsung malah ia seolah-olah cuba menolak hukum Allah secara diam. Perkara haram tetap haram. Jika alasan tersebut digunakan maka kerajaan juga perlu mansuhkan Akta Dadah kerana realitinya “dadah tetap dijual beli walaupun dikawal dengan undang-undang”.


Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelatan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu dinegeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.

Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama' dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat


Apa pendirian mereka?

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Pemuda UMNO menyatakan pendirian mereka berkaitan lesen judi yang dibenarkan sempena Piala Dunia Jun ini.:

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, jika Perkasa dan Pemuda UMNO gagal menyatakan pendirian mereka, wajah sebenar mereka akan terbongkar.

“Jika tidak, mereka hanyalah menggunakan agama untuk kepentingan politik dan meraih undi bagi meneruskan perjuangan politik sempit parti,” katanya.

Menurut beliau, jika dilihat kepada tindak tanduk PERKASA dan Pemuda UMNO sebelum ini dilihat begitu agresif dalam isu yang melibatkan agama dan akidah kononnya pejuang agama sejati.


"Bolehlah dikatakan laungan mereka sebelum ini untuk mempertahankan agama di dalam negara ini hanyalah retorik semata-mata," kata Nasrudin

Mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram di sisi agama,” katanya dalam satu kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.

Menurutnya, ketika kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Pemuda UMNO begitu konsisten dalam memperkatakan mengenai arak, judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Begitu juga Presiden Perkasa yang sanggup menulis surat kepada Pope di Vatican City untuk menyatakan pendirian bahawa kalimah Allah hanya untuk Muslim sahaja,” katanya.

"Jadi persoalannya, mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram disisi agama? Atau benarkah judi sebenarnya merupakan sumber pendapatan bagi mereka?," soal beliau.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Awang Adek Hussin mencadangkan agar kerajaan membenarkan lesen pertaruhan dikeluarkan sempena Kejohanan bola sepak Piala Dunia bulan depan.

Kelmarin, Berjaya Corpration Bhd (BJ Corp) mengumumkan syarikat itu bakal memiliki lesen pertama di Malaysia apabila menguasai 70 peratus kepentingan dalam Ascot Sports Sdn.Bhd dengan harga RM525 juta.




Aktiviti judi tetap haram

SHAH ALAM – Perjudian yang diberi lesen dan perjudian yang tidak mendapat lesen, kedua-duanya haram di sisi Islam, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Menurutnya, aktiviti perjudian itu tidak seharusnya diberi lesen oleh mana-mana pihak kerana aktiviti tersebut jelas haram di sisi agama Islam.

“Jika kita tetap mengeluarkan lesen untuk aktiviti perjudian, ia seolah-olah menampakkan kita menghalalkan judi yang sememangnya haram di sisi agama. Ia tidak seharusnya berlaku kerana semua masyarakat tahu bahawa judi itu haram,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Beliau berkata demikian ekoran laporan berkenaan Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi telah meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Ia menjadikan Kumpulan Berjaya sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak di negara ini yang memiliki lesen sah mengikut perundangan negara.

Harussani berkata, pemberian lesen judi itu secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai masyarakat berjudi dan ini akan mengundang amalan negatif dalam masyarakat ketagih judi yang sanggup melakukan apa saja bagi memenuhi tabiat itu.


No comments:

Post a Comment