Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Wednesday, May 12, 2010

KENYATAAN MEDIA: UMNO PUNCA SEBENAR ISU ARAK DI SELANGOR PDF Print E-mail

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPN Selangor) memandang serius kekecohan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor ekoran isu kawalan penjualan arak sekarang ini. Memang tidak dinafikan bahawa DPPN Selangor membantah tkeras indakan Exco Kerajaan Selangor, Y.B Ronnie Liu yang telah campur tangan dalam menghalang penguatkuasa MBSA yang bertindak ke atas premis yang menjual arak secara terbuka. DPPN Selangor juga telah menghantar memorendum kepada Y.B Ronnie tanda ketegasan pihak DPPN Selangor dalam membela isu-isu yang berkaitan Ummat Islam.


Walau bagaimanapun, DPPN Selangor tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini. DPPN Selangor menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut. DPPN Selangor melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini. DPPN Selangor percaya isu ini tidak memberi kesan buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya semua masalah ini akan diselesaikan dalam semangat setia kawan.


DPPN Selangor ingin mempertegaskan di sini bahawa isu arak ini bukanlah berpunca daripada DAP atau Kerajaan PR. Tetapi ia adalah berpunca daripada kegagalan dasar-dasar Kerajaan Umno/BN sebelum ini yang telah menyebabkan berlaku kerosakan di negeri ini. Adapun masalah dengan DAP ini hanyalah masalah teknikal pentadbiran sahaja yang boleh diselesaikan secara baik.

Punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa. Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu.


Ternyata slogan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata. Pemimpin-pemimpin UMNO sengaja membutakan hati dan mata mereka terhadap kesan-kesan sosial yang timbul akibat arak. Sama ada kita sedar atau tidak, bahawa lebih 4,000 pusat hiburan yang disebut oleh Dr Mohd Khir Toyo itu hampir semuanya menjual arak. Ini belum diambil kira kedai-kedai runcit yang menjual arak seperti 7-eleven dan juga pasar-pasar raya di seluruh Selangor. Arak pada masa ini dijual secara berleluasa sehingga mendedahkan masyarakat kepada bahaya keruntuhan moral.

Kesan daripada sikap munafik umno ini, telah timbul gejala sosial yang begitu parah dalam masyarakat, bukan sahaja di kalangan remaja, tetapi juga golongan dewasa dan warga emas. Arak yang menjadi ibu segala maksiat dijual secara berleluasa dalam negeri yang kononnya hendak menegakkan Islam.


Sekarang ini golongan remaja termasuk pelajar sekolah telah terlibat dengan gejala arak yang dibiarkan penjualannya oleh Umno selama ini. Kerana itulah timbul isu-isu sosial seperti dadah, rempit, lepak, buang anak, zina, memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya. Apalah ertinya kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membangunkan minda rakyat dan meningkatkan kesihatan masyarakat, tetapi dalam masa yang sama membiarkan arak dijual secara berleluasa.


Atas asas inilah, DPPN Selangor menyalahkan sepenuhnya kepada Umno dalam masalah yang berbangkit ini. DPPN Selangor merasakan bahawa salah satu cara untuk memulihkan masalah sosial dalam masyarakat ialah dengan mengawal penjualan arak ini. Tidak ada sebab bagi DPPN Selangor bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu ini, kerana Umno sendiri adalah punca kepada masalah ini.


DPPN Selangor sebaliknya menyokong penuh tindakan MBSA untuk menyita kedai-kedai arak yang tidak mengikut peraturan. Dan tidak timbul bahawa PAS dan DAP berselisih pendapat dalam soal ini, melainkan hanyalah salah faham pentadbiran sahaja.


DPPN Selangor mencabar UMNO melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan UMNO (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini.


AHMAD ZAIDY ABDUL MUTALIB
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor


Added April 18 ·

Haziq Pejuang Reformasi
Haziq Pejuang Reformasi
aih,Bapak Islam Hadhari pn minum arak??? hahahahahha
April 18 at 2:41pm · Report
Ramdzan Jabar
Ramdzan Jabar
haziq - tu bapak hadari masa jahil lagi tu -tak tahu tentang islmah hadari lagi -kikik
April 18 at 2:42pm · Report
Haziq Pejuang Reformasi
Haziq Pejuang Reformasi
ooo,jahil ek???
dia ni memalukan nama baik arwah ayah & atuknye je..
April 18 at 2:43pm · Report
Ramdzan Jabar
Ramdzan Jabar
dah mabuk mana nak malu -kikiki
April 18 at 2:44pm · Report
Haziq Pejuang Reformasi
April 18 at 2:45pm · Report
Ramdzan Jabar
Ramdzan Jabar
thaniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii - (@_@)
April 18 at 2:46pm · Report
Elfi Syahuri
Elfi Syahuri
steady la...itu la sosial....baru boleh perintah negara...yg penting dapat undi cina....
April 18 at 3:00pm · Report
Wasfi Why
Wasfi Why
&%&!%$#&!*&@(&#(@!(*#&
April 18 at 4:36pm · Report
Bumiputera Berjaya
Bumiputera Berjaya
haiyaaaaaaaaa.........
April 18 at 6:39pm · Report


No comments:

Post a Comment