Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Saturday, May 29, 2010

Judi bola: PR Pahang minta kerajaan negeri bantah
Hashim Abdullah

KUANTAN, 27 Mei: Pakatan Rakyat Pahang hari ini mendesak kerajaan negeri menyatakan sikap membantah kelulusan lesen judi sukan sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan menggugat keharmonian hidup rakyat keseluruhan di negeri dan di negara ini.

Memorandum empat muka surat telah diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili Pakatan Rakyat negeri kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Shamsuddin Nawawi di Wisma Negeri, di sini pagi ini.

Turut menyaksikan ialah Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Ramponusamy, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Suhaimi Md Saat dan Setiausaha Penerangan PAS negeri, Hashim Abdullah.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob difahamkan tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

“Hujah yang diberikan oleh kerajaan BN dalam meluluskan lesen judi sukan ini dengan menggunakan kegagalan menghalang kegiatan sindiket judi sukan tanpa lesen, lalu dijadikan sebab untuk ‘dihalalkan’ dan dilesenkan adalah cara berfikir dan hujah paling bahaya dan mengaibkan intelek rakyat yang berpelajaran.

Kita nak ingatkan kerajaan perlu bertanggungjawab memelihara akhlak rakyat daripada dirosakkan oleh kegiatan judi yang dilesenkan sendiri oleh kerajaan pimpinan UMNO. Oleh yang demikian, kami daripada Pakatan Rakyat Pahang memohon kerjasama Menteri Besar menyatakan pendirian tegas membantah sebarang bentuk pemberian lesen judi dan mendesak supaya ia ditarik balik,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau dalam memorandum itu juga mahukan kerajaan Pahang menggunakan kuasa yang ada menggesa para ulama dan tokoh agama untuk mendidik rakyat agar membenci judi bagi membina masyarakat yang bermoral.

No comments:

Post a Comment