Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Friday, May 7, 2010

Kaki patah dipijak suami

Posted on the May 6th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat


KUALA LUMPUR: Geram selepas menerima sepucuk surat daripada isteri yang meminta cerai, seorang suami bertindak kejam dengan memijak kaki wanita itu dengan but sehingga patah selain membelasahnya hingga cedera parah. Berikutan penyeksaan itu, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), dekat sini, untuk rawatan.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, perbuatan tidak berperikemanusiaan itu berlaku malam Sabtu lalu di rumah mangsa di Bukit Beruntung, dekat sini, selepas pasangan berkenaan bertengkar. Menurutnya, suami terbabit mengesyaki isterinya mahu menuntut cerai kerana menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.


Lelaki itu yang juga peniaga pasar malam berusia 51 tahun dikatakan gagal mengawal perasaan marah sebaik isterinya menyerahkan sepucuk surat yang mengandungi perkataan bermaksud untuk meminta cerai daripadanya, katanya.


Menurutnya, lelaki berkenaan percaya isterinya yang berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya di Bukit Beruntung mahu menuntut cerai kerana mempunyai hubungan gelap dengan lelaki lain.


Akibat cemburu dan marah, lelaki terbabit hilang pertimbangan lalu menendang serta membelasah isterinya sekuat hati. Mangsa dipijak dengan but dipakai suami selain kepalanya turut dihantuk dengan topi keledar menyebabkan wanita terbabit cedera parah. Isteri malang itu akhirnya terpaksa dihantar untuk rawatan ke HSB kerana cedera parah termasuk patah kaki, katanya.


Beliau berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu segera menjalankan siasatan sebelum menahan suami mangsa di rumahnya pada hari sama.

No comments:

Post a Comment