Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Thursday, May 13, 2010

KENYATAAN MENTERI-MENTERI UMNO

Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:


i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:


(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.


Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.


ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.


Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:


Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).”


Kenyataan akhbar Berita Harian 6 Julai 2003, beberapa pemimpin Umno termasuk Dato' Seri Abdul Hamid Zainal Abidin, Dato' Mustapa Mohamed, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Dr Siti Zaharah Sulaiman dipetik berkata, pakaian kopiah dan jubah tidak melambangkan keislaman. Walhal kita tahu memakai jubah dan berkopiah adalah sunnah nabi. “Ada Hadis yang sahih menyebut mereka yang bersolat dengan memakai serban mendapat ganjaran pahala sebanyak 70 kali. Hadis lain pula menjelaskan orang Islam yang tidak menutup kepala boleh tergolong kepada perbuatan orang fasik.”


Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.


Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.


Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?


Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?


Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.


Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa "Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian"

Maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukanlah menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life to UMNO leaders”. Sahlah dengan ini, pemimpin-pemimpin Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan “ritual” semata-mata. Dan Ugama Islam hanyalah digunakan sekadar untuk keperluan mengekalkan kekuasaan! Jika timbul keperluan, maka Islam itu mestilah diperalatkan untuk mengekalkan kekuasaan UMNO. Yang penting bagi pemimpin-pemimpin UMNO ialah hegemoni dan kekuasaan politik.


Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, segala komitmen yang ditunjukkan terhadap perkara-perkara tersebut adalah semata-mata hanya untuk tujuan kosmetik sahaja, sebagai pameran atau bahan perhiasan untuk menunjukkan bahawa UMNO itu Islam.


Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.


Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.


Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ?


Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 5 Ramadhan 1430 / 26 Ogos 2009.

silalah lihat juga link berikut

http://visi-sufi.com/journal/2010/04/fatwa-ajaran-islam-hadhari-umno-judi-itu-halal/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:%20CatatanVisiSufi%20%28Catatan%20Visi%20Sufi...%29


Kenyataan akhbar Berita Harian 6 Julai 2003, beberapa pemimpin Umno termasuk Dato' Seri Abdul Hamid Zainal Abidin, Dato' Mustapa Mohamed, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Dr Siti Zaharah Sulaiman dipetik berkata, "pakaian kopiah dan jubah tidak melambangkan keislaman".

Walhal kita tahu memakai jubah dan berkopiah adalah sunnah nabi. Ada Hadis yang sahih menyebut mereka yang bersolat dengan memakai serban mendapat ganjaran pahala sebanyak 70 kali. Hadis lain pula menjelaskan orang Islam yang tidak menutup kepala boleh tergolong kepada perbuatan orang fasik.

Peristiharan Negara Islam
Dr. Mahathir Mohamad, 11 Jan 2002, Berita Harian : “Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali.”


Komen:
Jika negara Islam, kenapa lesen-lesen judi, arak, maksiat masih lagi dikeluarkan dari semasa kesemasa. Dan kenapa tiada tindakan terhadap orang-orang Islam yang memegang saham dalam syarikat-syarikat perjudian dan pengeluar arak?



Dr. Mahathir Mohamad, 28 Sept 2001
, Perhimpunan Agong Umno : Malaysia telah diisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr. Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Parti Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

Komen: Selepas peristiharan itu, tidak ada sebarang perubahan pun. arak, judi, maksiat dan sebagainya masih berlaku bahkan makin berleluasa. Jika betul-betul negara Islam, pastinya perkara-perkara itu semakin berkurangan. tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya terutamanya rasuah dan penyelewengan begitu berleluasa sekali!



Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan : “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah umat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

Komen:
Ingat senang kah nak jatuhkan hukum rejam, hukum potong tangan itu. Didalam Islam, keadilan adalah diutamakan dan tentunya keadilan hanya dapat dijalankan dengan adanya bukti-bukti yang dapat diterima dan tidak boleh berdasarkan syak wasangka, fitnah, saksi yang boleh dinafikan integritinya dan lain-lain lagi. maka dengan itu, tentunya amat sedikit sekali, orang yang kena tuduh itu dapat dibuktikan kesalahan syarienya, kesalahan jenayahnya.

Jadi kalau hanya beberapa orang sahaja yang dapat dibuktikan pertuduhan terhadapnya, maka bilanga orang kena rejam atau kena potong itu amatlah sedikit sekali. dan itulah matlamatnya, memberikan keadilan kepada semua. dan pelaksanaan hukuman itu dengan sendirinya akan menakutkan orang-orang lain melakukan kesaalahn tersebut. Itulah yang sebenarnya dikehendakki oleh Islam, agar masyarakat dapat hidup dengan tenang, aman tidak merasa takut kena curi, rompak, ragut, dan lain-lain perkara yang menakutkan.

Bukankah pencegaha lebih baik dari merawat? PREVENTION IS BETTER THAN CURE!


Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir.”

Komen:
Mungkin Dr. Mahathir lupa yang nabi Muhammad juga dulu bertugas sebagai pentadbir dan ahli politik sebaik sahaja baginda menjejaki Madinah. Itu menunjukkan Islam itu adalah cara hidup yang lengkap dan merangkumi semuanya "Islam is a complete way of life" termasuklah politik. tanpa politik, pincanglah Islam dan itu bukanlah Islam, kerana dalam Al Qur'an sendiri ada hukum-hakam yang menunjukkan anya adalah merangkumi politik juga. Oleh itu Islam dan politik tidak dapat diasingkan.


Ucapan Dr. Mahathir Mohamad pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.”


Lain-lain ucapan Mahathir yang menunjukkan penentangannya terhadap Islam:-

Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam? Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”


Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992 : “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 : “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”


Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 : “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.

Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif."


Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994.: "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92 : "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam."

Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."




Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi 13 Nov 1999 : “Apa erti negara Islam jika mundur.”

Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan : “Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan : "Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan."

Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994 : “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993 : “Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan.”


No comments:

Post a Comment