Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Wednesday, May 12, 2010

Kerajaan Sekular Pimpinan UMNO Menghalalkan Judi? Al-Quran Mana Yang Mereka Imani?

”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [TMQ Al Maa-idah (5) : 90].

Lihatlah bagaimana rosaknya pemikiran sekular para pemimpin hari ini. Dengan rasa tanpa bersalah apatah lagi berdosa mereka begitu berani berura-ura untuk membenarkan dan menghalalkan pertaruhan bagi Piala Dunia yang akan berlangsung bulan depan, dengan alasan untuk mengawal aktiviti syaitan itu. Sedangkan sewajarnya, sebagai pemerintah umat Islam mereka wajib menghapuskan saki-baki amalan-amalan syaitan itu.


Faktanya hari ini secara jelas para pemerintah sekular secara berterusan dan terang-terangan melanggari perintah Allah SWT, dengan menghalalkan judi, memberikan lesen judi kepada syarikat-syarikat perjudian untuk beroperasi secara sah dengan keizinan pihak berkuasa. Oleh itu kita dapati kedai-kedai judi nombor ekor dan kasino seperti di Genting Highlands dapat menjalankan operasinya dengan aman tanpa sebarang gangguan.


Wahai umat Islam! Dalam dunia kebendaan hari ini judi menjadi halal dengan adanya lesen dari pemerintah. Pengharaman judi, hukum yang datangnya dari Allah SWT, tidak ada nilainya dalam sistem kufur. Walaupun judi adalah amalan syaitan namun pemerintah yang berfahaman sekular amat menyukai dan menggalakkan amalan ini.


Perbuatan mereka ini akan menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan lebih ramai lagi syaitan-syaitan yang besar dan syaitan-syaitan yang kecil. Dengan itu pastinya ia akan berjaya memenuhkan setiap inci Malaysia ini dengan kaum kerabat syaitan sedangkan setiap hari kita bermohon kepada Allah SWT untuk berlindung dari syaitan yang kena rejam. Firman Allah SWT: ”Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam”. [TMQ An Nahl (16): 98].


Namun nampaknya bagi para pemimpin UMNO yang sekular, mereka begitu aktif merencanakan program-program untuk menjauhkan orang-orang Melayu dari mengamalkan cara hidup Islam sebaliknya mengajak dan menjemput rakyat Malaysia menyertai program-program yang melalaikan dan penuh dengan kemaksiatan. Oleh itu kita lihat terdapat begitu banyak gejala sosial pada hari ini dan rakyat pula dilanda dengan pelbagai keresahan akibat tekanan kewangan yang dikenakan keatas rakyat.


Syor lesen pertaruhan Piala Dunia dibantah.


Judi beri kesan negatif, imej buruk kepada negara dengan majoriti rakyat beragama Islam

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan khususnya pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 mendapat tentangan banyak pihak termasuk pemimpin Umno kerana ia akan memberikan kesan negatif dan imej buruk kepada negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata cadangan berkenaan bukan saja menjejaskan imej kerajaan, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. “Kita sepatutnya berusaha untuk mengurangkan gejala judi dan juga pemberian lesen judi, walaupun secara sah atau haram, kegiatan judi ini banyak memberi kesan negatif kepada masyarakat. Sepatutnya kita cari jalan kurangkan budaya judi di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, bimbang sekiranya perjudian sukan itu dibenarkan ia akan mempengaruhi generasi muda termasuk pelajar kerana ia adalah sukan nombor satu negara.

Semalam akhbar melaporkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal Jun ini, bertujuan untuk mengelak kegiatan perjudian haram.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata semua bentuk judi termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia adalah haram dalam Islam.

Harussani berkata, beliau tidak nampak langkah itu mampu membantu kerajaan menyelesaikan masalah penganjuran kegiatan perjudian bola tanpa lesen yang dikatakan akan berleluasa menjelang Piala Dunia.

Tokoh agama yang juga bekas penasihat agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, pula berkata kerajaan tidak wajar meneruskan niat untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama sempena Piala Dunia kerana langkah itu menggalakkan masyarakat termasuk umat Islam terjebak dengan kegiatan perjudian.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam juga secara tegas membantah cadangan itu yang akan memberikan kesan negatif terhadap masyarakat.

Beliau berkata, sebarang bentuk pertaruhan adalah judi dan matlamat tidak boleh menghalalkan cara walaupun alasannya setiap hasil yang diterima boleh digunakan untuk pembangunan sukan dan ia juga menjadi suatu kesalahan mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata cadangan terbabit adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam sekiranya ingin memperoleh kemakmuran.


Di KOTA BHARU, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kementeriannya menyerahkan kepada kebijaksanaan Kementerian Kewangan untuk membuat pertimbangan bagi mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama bola sepak Piala Dunia.

“Saya serah kepada Kementerian Kewangan, ini bukan aspek sukan tetapi pengawalan kegiatan perjudian yang semua tahu kegiatan perjudian adalah sekitar perlawanan bola sepak dan sukan lain,” katanya selepas Karnival Bola Sepak Kota Bharu Piala Datuk Fatmi 2010, di Maktab Sultan Ismail di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian 08/05/10

Judi Halal! Judi Haram! Hebatnya 1Malaysia.

Kita melihat kemunculan beberapa watak yang saling berbeda dalam menentukan sikap dan pendirian masing-masing mengenai pemberian lesen perjudian pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan depan. Nampaknya mereka seolah-olah berlakon berkenaan dengan isu ini. Bagi Islam, semua bentuk judi adalah haram.


Kini nampaknya pemerintah sekular 1Malaysia semakin canggih dengan cadangan dan ura-ura dari pihak kerajaan untuk membenarkan orang ramai terlibat secara “sah” mengikut acuan undang-undang sekular Kapitalisme dengan amalan syaitan ini. Keadaan ini tidak sepatutnya memeranjatkan kita kerana selama inipun pihak kerajaan sekular yang ada pada hari ini adalah merupakan pemerintah yang telah terkenal dengan sikapnya yang “mesra judi”. Jika tidak, mana mungkin di antara orang yang terkaya di Malaysia adalah taukey judi!

Kita ingin mengingatkan para pelakon drama ini seperti Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, agar tidak bersifat “munafik” di dalam isu judi ini. Kamu kononnya memprotes kegiatan judi ini tetapi dalam masa yang sama kamu juga sebahagian dari mereka yang membentuk kerajaan sekular yang membenarkan kedai-kedai nombor ramalan beroperasi dengan mudahnya.


Kamu juga terlibat membenarkan operasi kasino di Genting Highlands. Kita juga ingin mengingatkan rakan seperjuangan Dr Mohd Puad Zarkashi sendiri iaitu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang nampaknya agak mesra dengan judi – kamu akan dipertanggungjawabkan atas ‘kemesraan’ kamu dengan judi ketika kamu berhadapan dengan Allah kelak.

Judi adalah haram secara qat’ie– tidak ada ‘judi yang halal, judi yang haram...’

No comments:

Post a Comment