Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Wednesday, May 26, 2010

Kes isteri khalwat dibicara mulai 8 hingga 11 November

KANGAR 26 Mei - Kes khalwat membabitkan seorang isteri dengan pasangan bukan Islam ketika hari jadinya pada hujung tahun lalu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini mulai 8 November ini.

Hakim Syarie, Azzeman Omar menetapkan tarikh tersebut selepas menolak bantahan awal Harlina Harun , 32, untuk mengetepikan pertuduhan yang dihadapinya.

Dalam keputusannya, hakim itu menyatakan, kes tersebut wajar dibicarakan mengikut Seksyen 160 (2) Enakmen Prosedur Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991 setelah mendapati alasan bantahan itu adalah tidak kukuh.

Harlina, pegawai Imigresen dari Kedah didakwa berkurung dengan lelaki bukan muhrim, Yeoh Wei Meng, 36, antara pukul 1 pagi dan 5.30 pagi, 24 September tahun lalu di bilik 811, Hotel Putra Palace di sini.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Wanita itu yang kini dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 30 September tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh pendakwa syarie, Fakhrurrazi Md. Mahdzir.

Akhbar sebelum ini melaporkan kekecewaan suami tertuduh, Mohd. Shazeli Ghazali, 32, apabila isterinya itu diberkas pencegah maksiat, sedangkan dia sudah membeli kek untuk menyambut hari jadi Harlina yang ke-31 pada hari kejadian.

No comments:

Post a Comment