Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Thursday, May 20, 2010

Kisah Bung Moktar, BERPOLIGAMI

21/5/2010 - KISAH Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan kerana bersalah berpoligami dan berkahwin dengan pelakon Zizie Izette tanpa kebenaran mahkamah heboh diperkatakan termasuk di kalangan penulis blog.

Khairul Rizal Osman dalam Cucu Tok Selampit (khairulryezal.blogspot.com) berkata, beliau tidak faham kenapa Bung Moktar didesak meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen hanya kerana beliau berpoligami tanpa kebenaran, sedang ramai lagi penggubal undang-undang yang melakukan kesalahan yang lebih besar, tetapi tidak pula sehingga menerima desakan sedemikian.

Beliau berkata, berpoligami adalah perkara yang harus dalam Islam dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran manakala berpoligami juga menjauhkan seseorang daripada maksiat dan zina serta mengelakkan fitnah.


Belum dikemaskini


No comments:

Post a Comment