- Ku Haiqal Ku Ali Dengan aksi dan provokasi UMNO di Hulu Selangor, memang nampak jelas tanpa perlu bersuluh bahawa UMNO memang ikut perangai Yahudi ketika terdesak berdepan dengan pembangkang. Isu calun PR yang dikatakan seorang kaki arak, penulis tidak mahu komen sebab tak pernah nampak sendiri yang beliau seorang peminum, kalau ia pun perkara itu berlaku semasa beliau dalam UMNO. Rakyat kena faham, dalam UMNO untuk mencari pemimpin atau calun yang tidak minum arak, tidak kaki perempuan, tidak rasuah, tidak menipu, tidak solat adalah suatu yang agak sukar.
Bagaimanakah seandainya Zaid ini sekarang calun yang mewakili UMNO/BN? Adakah UMNO akan menggunakan isu ini juga? Wakil BN ni tak minum arak ke? Todi pun dia sapu kot! UMNO sokong...sokong....sokong!Hishamuddin dan Muhyidin cuba sembunyi tangan kononya isu arak bukan dibuat oleh UMNO tetapi oleh bloggers, memang betul, tetapi ianya dimainkan oleh bloggers yang diupah dan dibayar oleh UMNO.
Zaid ketika dalam parti jahiliyah dan juga dalam keadaan jahil melakukan semua itu, kini beliau telah pun keluar dari parti jahiliyah itu untuk bertaubat. Sama seperti Saidina Umar Al Khattab, semasa dalam dunia jahiliyah pun beliau kaki arak, penzina dan berbagai lagi, tetapi setelah mengikut Nabi, beiau berubah malahan telah dipilih menjadi Khalifah. Apakah UMNO ingin pertikaikan mengapa Saidaina Umar dilantik menjadi Khalifah sedangkan sebelumnya beliau adalah seorang kaki arak dan penzina?Wakil Rompin yang memang dikenali seorang kaki mabuk dan kaki perempuan, mengapa UMNO tak pernah pun mempertikaikannya setiap kali beliau dipilih sebagai calun kawasan Rompin? Ramai lagi pemimpin UMNO samada peringkat negeri atau Pusat yang kaki arak, kaki judi, kaki rasuah, kaki perempuan dan berbagai maksiat lagi.
- Jadi UMNO janganlah nak tunjuk baik pula sedangkan UMNO sekarang ni menjadi sahabat dan agen Yahudi/Zionis. Mana ada sekutu Yahudi yang baik? Malahan mereka ini adalah musuh Allah, Rasul dan umat Islam yang beriman. Adakah Zaid lebih bahaya dari UMNO?
- Adakah Najib itu tidak pernah minum arak dan berzina? Apakah Hishamuddin dan ramai lagi Menteri UMNO itu tidak pernah teguk arak dan makan rasuah? Isu pembunuhan Altantuya dan membina jalinan kerjasama dengan Yahudi /Zionis adalah lebih mengancam Negara dan merosakan masyarakat dan Islam.
- Ezam, Ibrahim Ali serta beberapa kaki lompat sekarang ini sudah pun menjadi sekutu Yahudi/Zionis, sekutu perasuah, sekutu penindas bangsa Melayu dan perompak harta Negara, syabas! Tembelang anda dah pecah! Bangkai busuk tak dapat disembunyikan lama-lama. Menentang mereka yang bersekongkol dengan penindas bangsa melayu dan perompak harta negara (UMNO) adalah menjadi kewajipan kita untuk menyelamatkan kita semua dari penjenayah-penjenayah dan pengkhianat negara.
- Ibrahim katak yang bertanding atas nama parti PAS tetapi mengaku Parti Bebas dan mengaku memperjuangkan Melayu seperti mana UMno yang juga berkata "Hidup Melayu", "Pertahankan Melayu" tapi yang peliknya beliau berkempen untuk calun yang bukan Melayu pula. bukankah itu pelik namanya! Bulankah itu sudah menunjukkan UMNo itu suka berbohong dan menipu! Kata-kata , "Hidup Melayu", Pertahankan Melayu adalah merupakan pembohongan semata-mata. Tak malukah Ibrahim dan UMNO berbohong secara terang-terangan. Dimana maruah mereka? Di punggung ka? atau di lutu ka? Kata Melayu, hidup Melayu, nak berjuang demi bangsa Melayu, kononnya tettapi masa mengundi, undi calun bukan melayu, calun MIC pulak tu? Apakah jadah UMno ni. Begitu buruk rupanya dan perlakuannya. Tak ubah seperti tong sampah rupanya UMNO ni.
- Kita kena ingat, apabila UMNO mendedahkan akhlak dan perangai buruk pemimpin PKR yang berasal dari UMNO, ianya secara tidak langsung mendedahkan betapa buruknya UMNO sebenarnya, dan ia membuktikan bahawa dalam UMNO, pemimpinnya bukanlah berperangai baik dan alim. bahkan sebaliknya yang buruk, yang jahat, yang menipu, yang merompak, yang berzina, yang berbohong barulah layak jadi ahli UMNO.
- Ini kerana semua perbuatan terkutuk atau buruk berlaku semasa mereka ini dalam UMNO tetapi setelah mereka menyertai Pakatan Rakyat mereka semuanya telah meninggalkan tabiat buruk itu apatah lagi mereka selalu berdampingan dengan pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam.
- Itu sebabnya dalam UMNO pemimpin mereka yang terlibat dengan pembunuhan, rasuah, rogol, zina, minum arak, judi, hina hukum Allah dan Sunnah Nabi sentiasa mendapat tempat dan disanjung, tetapi jika mereka ini keluar sahaja dari UMNO dan menyertai pembangkang, dengan tiba-tiba saja semua perbuatan mereka semasa dalam UMNO dulu menjadi kesalahan besar, jijik dan mengancam Negara kononnya dan perlu didedahkan kepada umum. Inilah tabiat Yahudi yang menjadi ikutan UMNO/UMCO.
Dalam UMNO tidak ada pun larangan untuk sesiapa yang hendak minum arak, hendak berzina, hendak berjudi, hendak hina Islam, tidak solat atau puasa, hendak tipu rakyat, hendak makan rasuah dan sebagainya. - Kita kena ingat, apabila UMNO mendedahkan akhlak dan perangai buruk pemimpin PKR yang berasal dari UMNO, ianya secara tidak langsung mendedahkan betapa buruknya UMNO sebenarnya, dan ia membuktikan bahawa dalam UMNO, pemimpinnya bukanlah berperangai baik dan alim. bahkan sebaliknya yang buruk, yang jahat, yang menipu, yang merompak, yang berzina, yang berbohong barulah layak jadi ahli UMNO.
- Yang menjadi larangan dalam UMNO ialah tidak boleh bercakap tentang hukum Islam, tidak boleh selalu pergi masjid dengar kuliah, tidak boleh hina perlembagaan parti, tidak boleh mengkritik pemimpin parti, tidak boleh mempertikaikan isteri-isteri pemimpin-pemimpin parti yang mendedahkan aurat atau berpeluk dengan lelaki lain bukan suami sendiri.
- Inilah perbuatan yang menjadi kebanggaan syaitan dan iblis, disokong pulak oleh beberapa tokoh agama cari makan termasuklah mufti-mufti tertentu, menjadi-menjadilah syaitan dan iblis bersorak kegembiraan kerana jerat mereka sudah mengena. Inilah UMNO, parti sesat yang lagi menyesatkan.
Kita tengok sahaja akhlak dan perangai penyokong-penyokong UMNO setiap kali pilihanraya, tak ubah sebagai haiwan di zoo dan di rimba. Yang lelakinya umpama bapak-bapak ayam mencari mangsa, manakala yang perempuannya pula hmm, hmm malu pulak nak dikata, tengok-tengoklah sendiri. Puak beginikah yang hendak disokong dan dipertahankan untuk masa depan Negara, bangsa dan agama? Na'uzubillah. Roslee Mohd Salleh INILAH REALITI UMNO. HARAP SEMUA BUKA MATA...
SEDARLAH SEMUA.. HARAP ZAID KALAU BETUL MINUM BERTAUBAT DAN JADILAH PEMIMPIN YANG BERIMAN..MACAM SAIDINA UMAR.
No comments:
Post a Comment