Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Saturday, May 29, 2010


KUALA LUMPUR, 26 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengedarkan risalah membantah judi kepada pengunjung premis judi di seluruh negara bermula hari ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda akan ditempatkan di hadapan premis judi secara bergilir-gilir mengikut shif sehinggalah kerajaan membatalkan judi bola sepak Piala Dunia 2010 bermula Jun ini.

Menurutnya juga, DPPP mengajak semua insan yang anti- judi dan prihatin dengan kemungkaran ini bersama-sama mereka mengedarkan risalah berkenaan.

"Bermula hari ini sehingga lesen judi dibatalkan, DPPP mengarahkan semua pemuda PAS dan menjemput semua insan prihatin yang anti judi supaya membuat shif secara bergilir-gilir untuk menunggu di hadapan kedai sport toto dan lain-lain premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah bantah judi kepada pelanggan atau pengunjung premis perjudian tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga memberitahu, risalah berkenaan juga boleh didapati di blog Gerakan bantah Judi di http://bantahjudi.wordpress.com.

Dalam perkembangan lain, di peringkat zon timur, DPP kelantan Jumaat ini akan mengadakan demontrasi membantah lesen judi dan mendesak Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussin meletakkan jawatan.

Bantahan itu akan diadakan di perkarangan Masjid Kampung Repek, Bachok selepas solat Jumaat.

Ia akan turut disertai Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok, timbalan DPPP Azman Shapawi Abdul Rani dan ketua DPP Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman.

Manakala di zon Selatan pula, bantahan sama akan diadakan perkarangan Masjid Al Azim, di bandar Melaka.

Minazulumati Ilannur's Photos - Wall Photos

Photo 4 of 5 Back to Album · Minazulumati's Photos · Minazulumati's Profile

Added May 15 · ·
Minazulumati Ilannur
Minazulumati Ilannur
Cuba teka makcik tu sedang buat apa? Buat Bro Amir, boleh bagi pandangan sikit
May 16 at 12:47pm · Flag
Minazulumati Ilannur
Minazulumati Ilannur
Itulah yang masalahnya, bila kita tak peka tentang senario sekarang. Ini semua peranan kerajaan bro. Kena tutup dulu sarangnya , baru dakwah tu berkesan, selagi kerjaan buka, lulus lesen baru apa Guna, tentang ajakan dakwah , itu insyaalah. Memberi padangan dalam FB juga dakwah. Kutuk maksiat juga satu amalan dakwah. Jangan membenarkan apa yang salah tu satu cara menjahanamkan dakwah.
May 16 at 1:00pm · Flag
Mohd Afendi Shaipudin
Mohd Afendi Shaipudin
sebaiknya kita sangka baik je tak makcik tu.. TAPI ini senario hri ini, kalau pemimpin pun dah tak betul apatah lagi rakyatnya.. sepatutnya pemimpin banteras rakyat dpd berjudi, ni siap bagi lesen lagi.. menjatuhkan maruah islam jer golongan ni, yg kelakarnya pandai pulak makcik ni tutup aurat masa beli no ekor nie..
May 16 at 1:36pm · Flag








a

No comments:

Post a Comment