Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Saturday, May 29, 2010

su Judi : Menteri Wanita Perlu Tegas Pendirian

Thursday, 27 May 2010 4:40 PMOleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Wanita Keadilan Selangor mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat pendirian tegas atas isu pemberian lesen judi ini demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat seluruhnya.

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha dalam pada itu mengutuk sekeras-kerasnya pengeluaran lesen judi untuk bola sepak piala dunia oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan.

Beliau yang mewakili Wanita Keadilan Selangor mendesak kerajaan pusat menarik balik kelulusan lesen judi yang diberikan kepada syarikat Tan Sri Vincent Tan, di mana Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang membisu sahaja, sedangkan kini fabrik keluarga dan masyarakat kian terancam akibat dimudahkan melakukan perbuatan perjudian.

"Kita memandang serius tentang perkara ini, kerana judi merupakan suatu perkara yang dilarang oleh Allah. Hal ini jelas dinyatakan dalam surah Al-Maidah ayat 90.

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan” Al-Maidah ayat 90

"Judi sudah banyak membawa kesengsaraan kepada individu dan keluarga. Pemberian lesen judi memberi isyarat yang salah kepada masyarakat terhadap perbuatan berjudi," kata Haniza Mohamed Talha kepada erapakatan.
Beliau berkata, kini seolah-olah pertaruhan pertandingan bola, satu lagi jenis judi sudah dibenarkan dan sah di sisi undang-undang.

Bagi beliau alasan mengatakan kelulusan lesen judi akan mengurangkan dan seterusnya boleh menghentikan judi haram adalah dongengan semata.

"Tiada fakta yang mengesahkannya, malah menularnya ketagihan judi kalangan belia sudah kelihatan.

"Seluruh rakyat Malaysia membantah kelulusan judi bola. Ia bukan sahaja dibantah oleh masyarakat yang beragama Islam, bahkan seluruh lapisan masyarakat, bangsa dan agama. Perkara ini dilihat melalui demonstrasi di beberapa masjid dalam negara minggu lepas yang dihadiri oleh wakil NGO dan masyarakat bukan Islam yang prihatin," kata beliau lagi.



Wanita Keadilan Selangor menyeru agar mufti-mufti serta rakyat yang berpegang kepada nilai-nilai sejagat (universal values) seluruh Malaysia bangkit menyatakan bantahan mereka terhadap kelulusan satu lagi lesen judi.

No comments:

Post a Comment