Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Wednesday, May 12, 2010

Thursday, August 6, 2009

Isu Arak di Selangor: UMNO Jangan Jadi Munafik

UMNO Selangor cuba menangguk di air keruh. Cuba nak tunjuk hero dalam isu arak di Selangor

Khir Toyo diberitakan berkata:

I am not suggesting that the sale of alcohol be banned everywhere. Alcohol can be sold, just not in areas where there is a Muslim majority,” said Khir.

He said when Selangor was under BN, beer was not sold in areas like Shah Alam and Bangi because of the large number of Muslims living in those areas.



UMNO dan Khir Toyo jangan jadi munafik. Rekod menunjukkan sepanjang UMNO menganggotai Majlis MBSA, tidak pernah isu penjualan arak secara terbuka ini diperbincangkan.

Kedai yang dirampas arak oleh MBSA itu telah menjalankan operasi menjual arak sejak zaman BN memerintah lagi sehingga telah diprotes oleh penduduk setempat. Malangnya, protes penduduk setempat telah seperti mencurah air di daun keladi. Semua wakil-wakil rakyat UMNO serta ahli Majlis mereka tidak pernah menyuarakan penentangan mereka berkaitan isu penjualan arak di Shah Alam ini.


Mengapa saya katakan UMNO Munafik


Senang sahaja. Yang bagi lesen arak ni UMNO. Yang bina kilang Calrsberg dan Anchor di Selangor ni UMNO. Yang benarkan arak dijual berleluasa di seluruh negara pun adalah UMNO.




Jadi, takkan kita nak harapkan UMNO untuk membenteras penjualan arak di Selangor sedangkan UMNO sendiri yang keluarkan lesen.
Masakan kita boleh harapkan perompak untuk membenteras amalan perompakan. UMNO jugalah yang membenarkan orang-orang Melayu Islam menjadi ahli Lembaga Pengarah Calsberg



Mengapakah UMNO membenarkan ahli-ahli UMNO, orang-orang Melayu Islam menjadi ahli Lembaga Pengarah Calrsberg? Mengapakah tiada sebarang tindakan dan larangan dari UMNO? Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh UMNO untuk menghalang beberapa individu Melayu Islam itu dari menjawat kedudukan di Lembaga Pengarah Calrsberg?

(Sila rujuk: http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf)

Sudahlah UMNO dengan penipuan kamu. Hakikatnya taukeh2 judi dan arak adalah kawan karib UMNO dan Barisan Nasional.



Pemuda UMNO seharusnya menubuhkan ”Briged Calrsberg” mereka dan Putri UMNO seharusnya menubuhkan ”Skuad MAGNUM” bagi menghargai sumbangan yang tidak terhingga industri arak dan judi kepada UMNO.


Malahan UMNO sepatutnya mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawikh di Zouk dan Hard Rock Cafe bagi menghargai sumbangan taukeh2 kabaret kepada UMNO.


Berhentilah bersandiwara. Berhentilah berlakon. Hakikatnya pemimpin-pemimpin UMNO lebih akrab persahabatan kamu dengan taukeh2 judi dan arak berbanding
persahabatan DAP dengan taukeh2 judi. Ianya adalah fakta.

Jadi tak payahlah UMNO nak jadi jaguh kampung. Sibuk berkokok tapi ekor bergelumang najis. Hanya memalukan agama, bangsa dan negara sahaja.

Tulang Besi



Tuesday, April 20, 2010

Majlis Perasmian Kilang Guiness 1968

Barulah kita faham kenapa UMNO sibuk-sibuk sangat nak suruh kerajaan Pakatan Rakyat tutup kilang Guiness dan Carlsberg di Shah Alam. Rupanya diorang nak tutup pekung sendiri. Diorang rupanya yang tubuh dan rasmikan kilang-kilang arak tu semua.

DI bawah adalah gambar majlis perasmian kilang Guiness di Sungai Way pada tahun 1968. Rupanya Kilang Guiness telah mendapat berkat kerana dirasmikan oleh Presiden UMNO yang Kedua merangkap Perdana Menteri yang pertama.


Benarlah kata orang. Arak dan judi menjadi sebahagian dari kehidupan orang Melayu Islam hasil dari usaha dan kerja gigih dari UMNO. Jasa UMNO yang paling besar adalah membawa arak dan judi ke dalam kehidupan orang Melayu Islam sehari-hari.


Di bawah UMNO tokeh-tokeh judi mendapat status yang sangat istimewa i.e. Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, Vincent Tan dsbnya. Manakala dibawah UMNO, ulama-ulama dinista, ditangkap, diletak di bawah ISA, di siksa, dibuang kerja, dilakukan bermacam-macam.


Memanglah UMNO agen penghancur akhlak dan moral serta agama orang Melayu Islam.

HIDUP UMNO!!!, HIDUP APCO!!! HIDUP ARAK!!! HIDUP YAHUDI!!!!.

Memang patutlah ulama-ulama UMNO keluar dari UMNO dan tubuhkan PAS. Kalau tidak ulama2 tersebut kenalah hadir majlis-majlis seperti ini dan baca doa. Juga, kalau jadi "Kerajaan Perpaduan" hari tu, alamat ulama2 dalam PAS akan terpaksa membaca doa selamat dalam majlis-majlis seperti ini.

Tulang Besi

No comments:

Post a Comment