Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Thursday, May 13, 2010

Isu Pengagihan Zakat Pada Bukan Islam

Tuesday, August 4, 2009

Bukti Pembohongan Dakwaan UMNO Memperjuangkan Islam:

Saya cuma nak bagi satu contoh kebodohan UMNO di dalam memperjuangkan Islam. Hakikat yang sebenarnya adalah UMNO sendiri menolak Islam. Hasilnya, Islam yang mereka dakwa memperjuangkannya sebenarnya adalah ”gimik” politik untuk memperdaya orang Melayu dan Islam bagi menyokong mereka.


Antara yang jatuh dalam gaung dan lubang UMNO ini adalah puak2 fraksi UMNO sendiri di kalangan pimpinan PAS. Saya tak tahu bagaimana boleh ada pemimpin2 PAS yang mudah ditipu oleh UMNO.

Contoh yang saya nak bawa adalah cadangan mengagihkan zakat kepada orang bukan Islam di Selangor. Cadangan itu asalnya dari YB Kota Damansara, Dr Nasir. Kebetulan rumah saya dalam kawasan YB Dr Nasir ini.

Saya mendapat maklumat, orang-orang UMNO di kawasan beliau telah mengadakan demonstrasi secara spontan membantah cadangan Dr Nasir tersebut. Orang-orang UMNO ini dengan begitu lantang menentang cadangan ini sebagai manifestasi komitmen mereka kepada perjuangan Islam.

Malangnya, amalan memberi wang zakat kepada orang bukan Islam ini dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri sewaktu di Mekah dan Madinah. Memprotes cadangan Dr Nasir ini adalah seperti menempelak Nabi SAW kerana sewaktu Nabi SAW hidup, Baginda telah mengagih-agihkan zakat kepada orang bukan Islam yang termasuk orang-orang musyrik yang menyembah berhala.

Malahan, polisi ini diteruskan oleh Saidina Abu Bakar sendiri sewaktu Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah.

Kalaulah zakat telah diberi kepada orang bukan Islam, terutama orang India estet yang jelas miskin, sejak 40 tahun dahulu sekarang ini jumlah orang Islam di Selangor mungkin sudah mencecah 60-70%. Tapi, sebab zakat dijaga oleh Nasionalis Sekular seperti UMNO, maka perkara itu tidak berlaku.

Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, dan bukannya hak UMNO. UMNO jangan bersandiwara dan berhenti menuduh PAS dikawal oleh DAP. Hakikatnya, UMNO dikawal tokeh2 judi, arak dan kabaret.


Jelaslah kepada kita bahawa UMNO bergantung kepada isu-isu sensitif dan sensasi ini untuk menggambarkan kepada umum bahawa mereka juga memperjuangkan Islam. Walhal, sewaktu Dr Nasir membuat cadangan ini, pemimpin mereka, Dato Najib Tun Razak baru sahaja meluluskan 10 lesen ”Special Draw” kepada 3 syarikat Judi terbesar di Malaysia, yakni Sports Toto, Magnum dan lagi satu saya tak ingat.

Takda pulak kita tengok orang2 UMNO ni keluar berdemo bila pimpinan mereka berselingkuh dan bersekedudukan dengan tokeh2 judi dan arak ni pula ye?

Saya nak cadangkan Pemuda UMNO menubuhkan Briged Carlsberg dan Putri UMNO menubuhkan ”Skuad Magnum” bagi mengisytiharkan komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi kepada tokeh2 judi, arak dan kabaret di Malaysia ini.

Saya mencadangkan Pemuda UMNO dan Putri UMNO mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih mereka di Zouk dan Hard Rock Cafe bagi memuliakan tokeh2 kabaret yang menjadi kawan UMNO yang sejati.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia dan ahli2 PAS sekelian. Jangan lah percaya kata-kata manis UMNO kononnya mereka mahu memperjuangkan Islam. Sejak bila pulak puak2 ni nak perjuangkan Islam sedangkan mereka berselingkuh dengan tokeh2 judi, arak dan kabaret?

Yang saya sedih, ada ahli dan pimpinan PAS boleh terpedaya dengan kata-kata kosong UMNO ini sampai sanggup nak bawak PAS bekerjasama dengan UMNO/BN. Kalau jadilah PAS tubuh kerajaan campuran dengan BN, alamat Presiden PAS nanti terpaksa membaca doa selamat apabila ada kedai2 judi yang baru dibuka.

Alhamdulillah ada Tok Guru Nik Aziz yang bijak dan pandai. Dan usaha tersebut telah gagal.

Tulang Besi



Desak tarik balik lesen judi

SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menggesa kerajaan supaya menarik balik kebenaran lesen judi sempena Kejohanan Bola sepak Piala Dunia 2010 sebagaimana yang diumumkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, baru- baru ini.:

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, tindakan kerajaan memberi lesen judi kepada kumpulan Berjaya amat memalukan negara apatah lagi Malaysia sebagai negara Islam.

“Kewajaran kerajaan meluluskan lesen perjudian untuk mengelakkan judi haram adalah bercanggah sama sekali dengan tuntutan Islam yang mengharamkan segala bentuk aktiviti dan unsur perjudian ini.

“Walaupun Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama, namun tidak ada mana- mana agama yang membenarkan pengikutnya berjudi. Ini suatu yang amat memalukan dan mengecewakan rakyat,” katanya, semalam.

Ma’amor berkata, jika kerajaan membenarkan lesen berjudi bagi memperoleh hasil yang boleh digunakan untuk pembangunan sukan akan mencemarkan dan memberi nama buruk sukan di negara ini.

“Jika kerajaan menggunakan alasan ‘menghalalkan judi’ bagi mengelakkan judi haram, tidak mustahil gejala lain seperti rasuah, pelacuran dan sebagainya akan turut dipertikaikan sebagai contoh untuk mengawal dari berlaku perzinaan secara berleluasa, kerajaan terpaksa meluluskan premis khas seperti lesen untuk rumah pelacuran.

“Ini adalah salah di mana sepatutnya kerajaan mengawal masalah judi yang berleluasa dan bukannya memberi dorongan untuk tujuan itu,” katanya.

Maa’mor berkata, kerajaan meluluskan pemberian lesen judi memperlihatkan kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional mengkhianati rakyat yang selama ini memberi kepercayaan kepada parti itu mentadbir negara.

“Jika lesen tersebut tidak ditarik balik, tidak mustahil pada pilihan raya umum akan datang rakyat akan menolak pimpinan kerajaan.

“Jika ekonomi kerajaan bergantung kepada sumber judi, saya yakin rakyat malu menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, sebagai negara Islam, Malaysia seharusnya mengutuk dan tidak berkompromi dengan aktiviti judi kerana ia haram di sisi agama.

Menurutnya, menghalalkan aktiviti perjudian akan menggalakkan lagi amalan budaya yang tidak sihat terutamanya generasi muda di negara kita.


No comments:

Post a Comment