Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Thursday, May 13, 2010

UMNO Tolak Islam, tapi Mengaku Berjuang Islam

Tuesday, August 4, 2009



Saya cuma nak bagi satu contoh kebodohan UMNO di dalam memperjuangkan Islam. Hakikat yang sebenarnya adalah UMNO sendiri menolak Islam. Yang sebenarnya, mereka terpaksa mendakwa memperjuangkan Islam semata-mata sebagai ”gimik” politik untuk menunjukkan kepada orang-orang melayu bahawa UMNo itu memperjuangkan Islam tetapi hakikatnya UMNO menggunakannya untuk memperdayakan orang-orang Melayu dan Islam bagi menyokong mereka.

Antara yang jatuh dalam gaung dan lubang tertipu dengan lakonan UMNO itu adalah beberapa fraksi di kalangan pimpinan PAS. Lakonan dan sandiwara UMNO itu begitu menjadi sehinggakan ada beberapa orang pemimpin2 PAS yang tertipu dengan lakonan dan sandiwara oleh UMNO itu.

Contoh yang saya nak bawa adalah cadangan mengagihkan zakat kepada orang bukan Islam di Selangor. Cadangan itu asalnya dari YB Kota Damansara, Dr Nasir. Kebetulan rumah saya dalam kawasan YB Dr Nasir ini.

Saya mendapat maklumat, orang-orang UMNO di kawasan beliau telah mengadakan demonstrasi secara spontan membantah cadangan Dr Nasir tersebut. Orang-orang UMNO ini dengan begitu lantang menentang cadangan ini sebagai menunjukkan komitmen mereka kepada perjuangan Islam.

Tetapi mereka tidak tahu bahawa amalan memberi wang zakat kepada orang bukan Islam ini dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri sewaktu di Mekah dan Madinah. Oleh itu protes terhadap cadangan Dr Nasir ini adalah seperti menempelak Nabi SAW kerana sewaktu Nabi SAW hidup, Baginda telah mengagih-agihkan zakat kepada orang bukan Islam yang termasuk orang-orang musyrik yang menyembah berhala. Polisi itu kemudiannya diteruskan oleh Saidina Abu Bakar sendiri sewaktu Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah.


Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, dan bukannya hak
pemimpin-pemimpin UMNO sahaja. Oleh itu pemimpin-pemimpin UMNO janganlah bersandiwara lagi dan berhentilah menuduh PAS dikawal oleh DAP. Sedar dan insaflah hakikat yang sebenarnya, pemimpin-pemimpin UMNO dikawal tokeh2 judi, arak dan kabaret.


Jelaslah kepada kita bahawa selama ini
pemimpin-pemimpin UMNO begitu bergantung kepada isu-isu sensitif dan sensasi berkaitan agama Islam untuk menggambarkan kepada umum bahawa UMNO juga memperjuangkan Islam. Walhal, sewaktu Dr Nasir membuat cadangan ini, pemimpin mereka, Dato Najib Tun Razak baru sahaja meluluskan 10 lesen ”Special Draw” kepada 3 syarikat Judi terbesar di Malaysia, yakni Sports Toto, Magnum dan lagi satu saya tak ingat. Jadi, dimanakah keikhlasan pemimpin-pemimpin UMNO itu memperjuangkan Islam!

Takda pulak kita tengok orang2 UMNO, ahli-ahli UMNO ni keluar berdemo bila pimpinan mereka berselingkuh dan bersekedudukan dengan tokeh2 judi dan arak ni pula ye?

Saya nak cadangkan Pemuda UMNO menubuhkan Briged Carlsberg dan Putri UMNO menubuhkan ”Skuad Magnum” bagi mengisytiharkan komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi kepada tokeh2 judi, arak dan kabaret di Malaysia ini.

Saya mencadangkan Pemuda UMNO dan Putri UMNO mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih mereka di Zouk dan Hard Rock Cafe bagi memuliakan tokeh2 kabaret yang menjadi kawan UMNO yang sejati.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, sama ada ahli2 PAS ataupun ahli-ahli UMNO sekelian. Janganlah percaya kata-kata manis
pemimpin-pemimpin UMNO kononnya mereka mahu memperjuangkan Islam. Sejak bila pulak puak2 ni nak perjuangkan Islam sedangkan mereka berselingkuh dengan tokeh2 judi, arak dan kabaret?

Yang saya sedih, ada ahli dan pimpinan PAS boleh terpedaya dengan kata-kata kosong UMNO ini sampai sanggup nak bawak PAS bekerjasama dengan UMNO/BN. Kalau jadilah PAS tubuh kerajaan campuran dengan BN, alamat Presiden PAS nanti terpaksa membaca doa selamat apabila ada kedai2 judi yang baru dibuka.

Alhamdulillah ada Tok Guru Nik Aziz yang bijak dan pandai. Dan usaha tersebut telah gagal.

Tulang Besi


Presiden UMNO Ke-2 Rasmi Kilang Arak Guiness

Presiden UMNO Ke-2 Rasmi Kilang Arak Guiness
Tak hairanlah ada ulama-ulama Pondok di Kedah dan Kelantan yang telah mengkafirkan UMNO pada tahun 1960'an


No comments:

Post a Comment