Pemimpin-pemimpin UMNO itu secara amnya tidak melaksanakan Islam mengikut Al Qur'an dan hadith nabi, sebaliknya yang mana mereka suka sahaja. Yang mereka tidak suka, mereka ubah mengikut kehendak mereka atau ikut suka hati mereka. Sebab itu banyak perkara yang halal diharamkan dan sebaliknya yang haram pula dihalalkan.

Seterusnya amalan yang wajib tidak dilaksanakan manakala yang bukannya amalan nabi pula menjadi agenda yang wajib dilaksanakan. Itulah UMNo, menggunakan Islam semata-mata untuk mendapat populariti dan untuk mendapat undi semata-mata.

Sunday, August 1, 2010

SALAM 1 MALAYSIA -suatu analisis dari perspektif Islam

UMNO adalah merupakan suatu parti politik yang sentiasa mengubahsuaikan amalan dan hukum hakam agama mengikut citarasa dan kehendak pemimpin-pemimpinnya.


Sedangkan apa yang sepatutnya  kita lakukan ialah menyesuaikan apa yang berlaku  serta citarasa dan kehendak kita hendaklah disesuaikan dengan panduan dan petunjuk yang telah dinyatakan dalam Al qur'an dan hadith.


Tetapi UMNo ni terbalik. Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.

Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata
"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.

Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu.
Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.

“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah SWT tidak didahulukan, bahkan Islam tuntutan Allah SWT pun tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan mengenepikan sistem Islam dalam melaksanakan undang-undang” katanya.

Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.

Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam mestilah berdasarkan kepada penyatuan tauhid. akidah dan amalan, bukannya hanaya perpaduan luaran tetapi mengalami perpecahan akidah dan amalan.

No comments:

Post a Comment